@kU DiTaWarKan BeRLaKOn Di MeLaKa...

Kenapa la aku ni jarang menulis kat blog kan..?
Malas ar...
Biasa la..inilah realiti seorang pelakon terkenal seperti aku ni..huhu...
tidak kisah la..skang aku berazam nak aktif berkongsi realiti hidup aku..
tapi sapa yg bace?

.
.
.
ermm...
aku sorang jer la baca...huhuhu...
+

+
+
sebelum konvo bulan lapan ari tu
aku dah ditemuduga..
[aku hanya wat ujian INSAK sbb aku ader cable besar..huhu...xlah aku penerima biasiswa KPM]

selepas lebih kurang 6 bulan penantian
akhirnya aku kini bakal bergelar seorang....
PELAKON TERKENAL...
-
-
-
sbb kali ni aku akan memegang watak sebagai
CIKGU SEKOLAH..
sesuai ker?
?

?
?
mesti la sesuai..
sebab tu dapat...hahaha
gambar kat bawah ni adalah bukti bahawa aku dengan rasminya mendapat kontrak berlakon tersebut....

lokasi pengambaran drama 5000 episod ni akan dibuat kat melaka
+
+
+
Jumaat lepas (23/10/2009)
sebuah sidang media telah dilakukan di Bah. Teknologi Pendidikan Melaka
[sbenarnye..orientasi guru2 baru..huhu]
aku telah rasminya menerima watak tersebut
dan
SMK DURIAN TUNGGAL
adalah set pengambaran utama...
arghh....
macam mane la keadaan sekolah tu kan...
harap2 xder hantu pontianak laa
sbb aku takut dia terpikat kat aku
huhuhu....
Tuan director bgtau pengambaran akan dimulakan pada
26/10/2006

Hooreyy.......

akhirnya..
penantianku berakhir...
+
+
+
jadi kepada semua peminat aku..
teruskan menyokong dan mendoakan yang terbaik utk aku




Salam Sayang Dari...

Hari Istiadat Pesta Konvokesyen Ke-11 Sedang Kedua Penuh Sejarah

Satu perasaan yang tidak mampu digambarkan..
Sangat gembira, terharu, sebak...
15 Ogos 2009 (Jumaat)
Sesi Ke-7
ISTIADAT KONVOKESYEN UPSI KE-11 SIDANG KEDUA 2009
aku dengan rasminya...
bergelar graduan
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN SAINS (BIOLOGI)
(yang kacak)
dan aku juga
telah diberi peluang mewakili para graduan
untuk memberikan ucapan penghargaan...
terima kasih
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
+
+
+
Pada kesempatan ini,
aku ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada:
Ayah [En Rahim bin Omar]
Emak [Pn. Rosilah binti Hasyim]
Adik-adikku [Ika, Razif, Haikal]
Semua pensyarah dan pegawai-pegawai UPSI
Kekasih hati [Habibah Aziz]
dan tidak lupa kepada semua
kengkawan selama 4 tahun aku di UPSI
[lau nak sebut, 3kali Jumaat tak abes]

+
+
+
Kepada Sahabat Mahasiswa Universiti (SMU)
Tempat aku dilahirkan sebagai pemimpin universiti
terima kasih atas meraikan hari penuh bersejarah buat aku
SMU the Best...
+
+
+
Aku ingin memohon ampun maaf andai sepanjang perkenalan ini aku ada melakukan kesalahan
(macam dah nak raya plak)
Kepada rakan graduan yang sama bergraduat..
aku ucapkan tahniah
dan semoga bersedia..
menjadi guru tidak kira di mana kita ditempatkan kelak..
ingat pesanan ku ini...
C-I-K-G-U
Celik Insan Kerana Guru Unggul
+
+
+
disebabkan terlalu banyak gambar
dan lau boleh aku nak tunjuk semua gambar-gambar konvo aku
tapi apakan daya..terlalu banyak..
so aku da edit dan pilih gambar-gambar yang terbest sahaja
+
+
+(Di dewan SITC)

(terima kasih kengkawan yang menjulang aku)
terbukti aku memang ringan!

(Model terbaik 2009)
hehehe...

(Bersama Keluarga Tercinta)
terima kasih mak, ayah dan adik-adikku...

(Bersama kengkawan,terbaik selamenyer)
terima kasih kepada semua yang hadir...

(Klik..Klik..Klik..macam artis plak..)
Tapi mmg pon aku ni pelakon..kire artis la tu...

(Bersama kekasih hati, Cik Bib)
terima kasih kerana memahami diriku..terjiwang plak..huk3

(Antara bunga, coklat, bear yang aku terima)
terima kasih kepada semua... hanya Allah yang tahu betapa aku sangat gembira
+
+
+
Akhir sekali.. mari
kita sama-sama melihat lakonan layar perak terbaik tahun 2009
dibintangi oleh...
Mr. ReMy...
+
+
+

Penghargaan kepada tukang amek video ni
Saudara Syaiffuldin, NYDP MPP 08/09
a.k.a Put
(thanks tau Put)
+
+
+
Itulah sahaja cerita pasal Konvokesyen aku..
Memang Enjoy, Memang Meriah
Memang Happy, Memang Best
Bila la nak merasai kegembiraan seperti itu lagi...
Bila la nak jumpa semua kengkawan seperjuangan..
Bila la nak menjejakkan kaki ke UPSI
UPSI is the BEST

always~

+
+
+
Bye...





Salam Sayang Dari...

Siapakah heroin dalam filem ini?

Mesti anda semua tertanya-tanya siapa pula Heroin dalam blog ini?
sabar...Sebenarnya ada..cuma simpan dahulu..
sekarang saya akan memperkenalkan heroin yang digandingkan dengan hero kacak malaya, Mr. Remy.
+
+
+
orangnya adalah...
Habibah binti Abdul Aziz
Berasal dari Sungai Buloh, Selangor
(Best ke Selangor? Melaka lagi best...)
+
+
+
Nak kenal lebih lanjut?
Uishh...tak boleh lebih-lebih..
Nanti over expose dari hero filem ni plak..
+
+
+(Ni la si bibah tu..tp nama glamour dia bib)

B.I.B
a.k.a Budak Ini Bulat
memang bulat...hahaha

So, saya berharap agar semua peminat filem tanah akhir boleh menerima Si Bib ni seadanya
walau saya tau..Mr. Remy lebih kacak dan patut bergandingan dengan
Vanida Imran, Nasya Aziz, Erra Fazira
Namun, ini permulaan bagi bintang baru seperti Bib.
+
+
+
So, semoga Mr. Remy dan Bib berbahagia hingga ke akhirnya...
Amin~





Salam Sayang Dari...

Barisan pelakon tambahan...

Anda sudah mengenali pelakon utama dalam blog ini, sekarang saya ingin memoerkenalkan barisan pelakon tambahan yang sentiasa membantu saya untuk terus berjaya dalam dunia ini. Terima kasih banyak-banyak diucapkan..Hanya ALLAH dapat membalas jasa kalian..

Inilah Pelakon veteran yang paling aku sayang...

Ayah [En Rahim] + Emak [Rosilah]

Dan yang ini pula adalah barisan si cilik yang membintangi filem ini:

Ika - Along - Haikal - Alang

Buat pertama kalinya, saya ingin tampilkan pelakon utama dan family beliau:

happy family =p
(family photo raya aidilfitri 2008)

Saya juga ingin memperkenalkan pelakon super vateran untuk filem yang bakal menjadi box office tanah air:

atok [Hasyim] + nenek [Fatimah]

Dan krew-krew yang menjayakan filem ini:

family gather pada raya aidilfitri 2008
(tak complete lagi ni..uncle xder..tp tahun ni uncle balik semenanjung)



"Ya Allah, Kau berikanlah kebahagian dan kesejahteraan kepada keluarga kami ini. Kau berikanlah kesihatan dan kesenangan di dunia dan di akhirat. Aminn~"




Salam Sayang Dari...

Memperkenalkan Pelakon Utama

Pelakon Utama :


Nama : Mohd Raimi bin Rahim
Umur : 23 Tahun
Asal : Melaka
Tinggi : 173 cm
Berat : 65 kg
Cita-cita: Pelakon terkenal
Pendidikan:
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains (Biologi)
Ijazah Sarjana Suka-Suki Seni Persembahan Pentas


Pengalaman berlakon:
Pernah membintangi pelbagai filem dan drama dalam dan luar negara. Beliau juga telah banyak mendapat pengiktirafan dan anugerah pelakon harapan, pelakon paling popular dan pelakon idola serta menerima pengiktirafan luar negara sebaris dengan pelakon Tom Cruise dan Brad Pitt. Beliau berhasrat untuk terus menceburkan diri dalam bidang lakonan serta mengembangkan bakat beliau menerusi filem terbaru beliau yang akan ditayangkan di seluruh negara. Filem tersebut adalah "Antara Dunia Realiti dan Fantasi" dan bakal menemui peminat pada 1 September 2009.
"Semoga terus menyokong saya dan saya akan sentiasa memberi yang terbaik buat semua peminat saya" - ReMy, Pelakon utama

Blog Widget by LinkWithin